“Comel Je” – Shuib Sepahtu Buat Cabaran Cium Ketiak Buat Isteri.

Dikenali sebagai antara pasangan romantis, tidak dinafikan Shuib dan Siti Sarah merupakan antara selebriti yang cukup sempoi berkongsi kehidupan mereka melalui Laman sosial.

Sebentar tadi Shuib sempat berkongsi gurauannya dengan Siti Sarah, apabila meminta isterinya itu mencium ketiaknya sebelum bersetuju untuk membayar barangan di sebuah kedai.

Menerima hampir 300 komen dalam tempoh 30 minit, ternyata ramai yang melihat perkongsian ini sebagai yang kelakar.

Malah dalam masa yang sama juga turut memuji cara Shuib dan Siti Sarah sendiri yang cukup bersahaja dalam mempamerkan kebahagiaan mereka.

Ada rasa nak cium ketiak sesiapa tak korang yang baca ni?