Belum hamil, Marsha aminkan doa peminat

Perkongsian gambar pelakon Sharifah Sakinah bersama rakannya Marsha Milan Londoh ternyata mendapat perhatian netizen apabila bentuk badan Marsha seolah-olah menggambarkan dia kini sedang berbadan dua.

Malah melalui komen-komen yang ditinggalkan juga turut mengucapkan tahniah kepada Marsha.

Selain mengucapkan syukur atas perkembangan terbaharu pelakon dan penyanyi yang berasal dari Sabah ini.

Namun dalam menjelaskan kekeliruan, Marsha turut menjelaskan dia sebenarnya tidak mengandung.

“Erk… tak but amin yrb” tulisnya dalam menjelaskan keadaan sebenar.

Sementara itu pada majlis sambutan ulang tahun ke-41 penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza awal tahun ini juga Marsha turut mengalami keadaan yang sama kerana dikatakan sudah mengandung. Namum menjelaskan hal sebenar jelas Marsha memberitahu dia hanya mengalami kembung perut.

Sebelum itu Marsha berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada Disember 2015 di Pulau Pinang.