Air mata darah dalam muzik video lagu baharu, Aliff Syukri doa pohon ketabahan meneruskan kehidupan

Walaupun dalam keadaan dirinya didakwa mendera anak angkatnya yang berusia tiga tahun.

Ternyata Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak mahu menunggu lama untuk
melancarkan single baru berjudul Ingin Bahagia yang dijadual akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat atau Isnin depan.

Paling menarik tentang video muzik tersebut tentunya babak dia mengalirkan air mata darah seolah-olah menggambarkan kesedihan yang amat sangat. Tidak dinafikan melalui kapsyen yang dimuatnaik juga Aliff menjelaskan bagaimana kecewanya dia dengan tomahan dan kecaman yang diberikan netizen terhadap dirinya berhubung kes tersebut.

“Lagu baru teaser sy… ketika sy di fitnah org mengecam melampau2 dan sy terdiam bukan sebb bersalah ttpi biar pihak berkuasa yg menjalankan tugas.. ..kalau bukan salah sy biarkan korang tnggung nanti… saya sedih .. apa pun sy maaf kan sahaja,”tulisnya.

Mengakui kebahagiaan adalah paling berharga, jutawan yang mempunyai lima orang anak ini juga turut berdoa agar dia tabah mengharungi kehidupan.

“Bagi sy.. Tiada benda lain di dalam dunia ini yang paling berharga iaitu kebahagiaan.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah Hati aku, Engkau kuatkanlah Iman aku sebaiknya. Aku sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini.

“Dan Engkau berikanlah aku kebahagiaan kerana tiada benda yang paling penting selain kebahagiaan,”tulisnya lagi.

Bagaimanapun dalam melayan komen pengikutnya di laman instagram, Aliff di lihat cukup tenang menjawab setiap komen negetif yang diberikan.

Malah dia juga yakin lagunya ini bakal tercalon dalam Anugerah Juara Lagu tahun hadapan.