Aliff Syukri berang dituduh hidup senang hasil sumber haram

Selebriti laman sosial dan Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri naik angin dengan dakwaan fitnah yang dimuatnaik seorang pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Jwb Aliff Syukri isu malukan keluarga arwah Abam Bocey

Posted by Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary on Wednesday, February 19, 2020

Kata Aliff kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Abu Syafiq yang mengatakan dia hidup senang daripada hasil memakan duit daripada sumber haram adalah sesuatu yang cukup melampau.

Malah dakwaan yang dibuat individu itu di laman Facebook miliknya minggu lepas juga secara tidak langsung menjadi medan netizen turut berkongsi fitnah ke atas dirinya.

Tidak mahu berdiam diri kata Aliff, 33 dia kini akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu terbabit.

“Dia kata saya kaya jual produk haram, buat duit di Youtube, duit haram.

“Ustaz ini dah melampau-lampau menghina saya. Kalau awak nak mengata saya belut elektrik ke apa, saya tak kisah. Tapi jangan sentuh produk saya. Jangan sebarangan nak kata produk saya haram atau tiada kelulusan,” katanya kecewa.

Sementara itu melalui pemerhatian The News Malaysia individu yang didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya itu kini dalam usaha untuk menyaman Aliff sebanyak 1 Billion Ringgit. Melalui video live yang dibuat melalui laman Facebook miliknya semalam dia juga turut meminta maaf selain berjanji memadamkan posting yang dimuat naik.

RM 1 Billion saya akan saman balas Aliff Syukri

Posted by Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary on Monday, February 24, 2020

“Saya sudah berjumpa dengan peguam saya dan akan menyaman Aliff sebanyak 1 Billion.

“Katakanlah jika saya kalah sekalipun dan diistihar muflis saya tidak ada masalah sebab saya sudah biasa miskin,” antara petikan kenyataan yang diambil melalui video berdurasi selama 30 minit itu.