Seperti biasa satu hari lagi di pejabat” – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 25 Feb — “Seperti biasa satu hari lagi di pejabat.”

Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi di Instagram, Twitter dan Facebook beliau tiga keping gambar dirinya sedang bekerja di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada 9.29 pagi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatan beliau sebelum itu pada hari yang sama.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengumumkan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh semalam dan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.

 

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam mengumumkan Al Sultan Abdullah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Zuki berkata dalam tempoh itu, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Beliau juga berkata Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik.

Sumber : BERNAMA

Most Popular

Hamilkan enam gadis sekali gus, ini kisah buaya darat sejati dari Nigeria

INI bukan babak dalam filem mahupun drama bersiri popular, sebaliknya kisah seorang buaya darat sebenar dari Nigeria. Seorang lelaki...

AirSial bakal mula operasi, banggakan warga Sialkot

SYARIKAT penerbangan swasta ketiga Pakistan , AirSial yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik koronavirus akan mula...

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...