Aliff Syukri Mohon Maaf kepada balu, ibu Abam dan Ali Puteh, tidak mahu panjangkan isu

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh.

Aliff, 33, berkata, dia turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam untuk menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya tempoh hari.

“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.

“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.

“Jadi saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun jelas Aliff, video yang dikongsikan di Laman sosialnya itu sebenarnya sudah mendapat persetujuan daripada Nor Hidayah untuk ditayangkan secara langsung di laman sosialnya.

“Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.

“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” katanya.

Pada sidang media itu, Aliff turut menunjukkan rakaman video perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.

Terdahulu, Aliff Syukri yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta.

Ekoran video yang dikongsikan di Facebooknya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’.

Namun, Ali kemudian memadam statusnya itu sebelum meminta maaf atas keterlanjurannya itu.

Most Popular

Hamilkan enam gadis sekali gus, ini kisah buaya darat sejati dari Nigeria

INI bukan babak dalam filem mahupun drama bersiri popular, sebaliknya kisah seorang buaya darat sebenar dari Nigeria. Seorang lelaki...

AirSial bakal mula operasi, banggakan warga Sialkot

SYARIKAT penerbangan swasta ketiga Pakistan , AirSial yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik koronavirus akan mula...

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...