Akhirnya terjawab, kakak Neelofa sah jadi isteri Engku Emran

KHABAR angin tentang status hubungan kakak kepada usahawan selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila dengan usahawan Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka selamat diijab kabul dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.

Mereka dinikahkan oleh adik Noor Nabila iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi.

Majlis pernikahan tersebut dikongsi Neelofa menerusi Instastory di laman Instagramnya.

Sekitar majlis akad nikah Nabila dan Engku Emran.

Turut hadir ialah keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Engku Emran juga dilihat menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.

Khabar angin mengenai mejlis perkahwinan mereka mula menjadi perbualan hangat netizen sejak Khamis.

Nabila bagaimanapun memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan tentang perkara itu.

Gosip tentang hubungan istimewa Engku Emtan yang juga bekas suami kepada penyanyi dan pelakon Erra fazira dan aktres Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella hangat diperkatakan netizen sejak awal bulan ini, perkara tersebut turut mendapat liputan meluas media Indonesia.

Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 2017 namun bercerai secara hakam pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.