Zul Yahya Nasihat Intan Dan Zul Ariffin

Pelakon berpengalaman Zul Yahya semalam berkongsi pendapatnya mengenai beberapa foto yang menunjukkan kemesraan antara dua pelakon drama Setelah Ku Dimiliki.

Menasihatkan agar Intan Najuwa dan Zul Ariffin sendiri tidak mengabaikan hak sebagai seorang umat islam dalam berusaha mencari rezeki.

Menjadikan pengalaman lalunya sebagai antara sebab dia mengeluarkan nasihat ini kata Zul, 46, dia meminta agar generasi pelakon kini mempertontonkan seni itu dengan adab.

Sumber : Instagram @zulyahya70

Sampai bila kita nak lakukanya (kesilapan) sedangkan hari ini ramai manusia berlumba-lumba untuk mendapatkan kebaikkan dan kemanisan Agama.”

Kepada adik-adik yang diberi peluang untuk berkarya di medan seni bawalah seni itu dengan adab dan tontonkanlah kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dengan adab,” tulisnya.

Zul turut memberi pesanan kepada mereka didalam bidang seni agar berhati-hati kerana jelasnya ketika ini aib lebih mudah tersebar.

Berkasih sayanglah kerana Allah.”

Tingkatkan Sunnah, sunnah membawa kejayaan dunia dan akhirat,”  tulisnya panjang lebar.

Sementara itu gambar kemesraan Zul dan Intan mula tular di laman sosial sejak minggu lalu. Gambar yang memperlihatkan Zul mengangkat Intan di dalam laut itu mendapat kecaman netizen.

Rata-rata mereka menyifatkan tindakkan Intan yang juga sudah bertunang beberapa bulan lalu sebagai tidak wajar.