Sah! John Cena kahwin tanpa pengetahuan ramai

708

AHLI gusti dan bintang filem, John Cena disahkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, Shay Shariatzadeh pada Isnin lalu di Tampa, Florida, Amerika Syarikat. 

Perkahwinan rahsia itu mula dihidu peminat apabila bekas ahli gusti itu menulis ciapan di Twitternya sehari selepas berkahwin. 

“Saya akan rasa sangat bahagia. Ini adalah satu cara terbaik untuk melengkapkan kehidupan dengan mengejar kebahagiaan dan bukan keseronokan semata-mata,” tulisnya. 

Cicipan yang dimuat naik John Cena.


Kebelakangan ini juga, John banyak bercakap mengenai kisah romantis dan menyentuh perkara-perkara berkaitan cinta. 

Awal tahun lalu, muncul spekulasi yang mengatakan dia sudah bertunang dengan wanita yang berkerjaya sebagai jurutera itu. 

Spekulasi itu timbul selepas tersebarnya gambar John bersama Shay dan kelihatan, sebentuk cincin di jari wanita itu. 

Kedua-dua mereka mula berkenalan pada Mac 2019, tidak sampai setahun selepas John berpisah dengan bekas tunangnya, Nikki Bella. 

Sumber: Metro

Baca juga:   "Susah Sangat Kita Jela Kahwin" Gurauan di DM Instagram membawa ke jenjang pelamin