Risteena akhirnya sah jadi isteri Isa Khan

PELAKON Nur Risteena Munim sah bergelar isteri kepada pasangan hidupnya Isa Khan.

Kedua-dua pasangan ini selesai melangsungkan majlis akad nikah pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan sekali lafaz.

Majlis itu juga turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram khas selaku jurufoto rasmi pernikahan mereka.

Risteena akhirnya sah bergelar isteri Isa Khan.

Turut kelihatan dalam majlis mereka beberapa anggota ahli keluarga termasuk adik Risteena, iaitu Ruhainies.

Terdahulu, Isa mengumumkan sudah melamar Risteena pada 23 November 2019 sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. 

Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama.