Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya

PASANGAN selebriti, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya beri nama anak keduanya Lyla Amina selepas sebulan dilahirkan.

Pasangan itu juga turut memperkenalkan akaun Instagram khas untuk anak kedua mereka iaitu @lylaaminaa.

Nama adik kepada Lara itu turut dikongsikan kepada umum secara eksklusif menerusi program realiti terbitan syarikat TV berkabel.

Awal dan Scha juga sebelum ini dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Awal masih aktif dalam pengacaraan TV untuk beberapa program TV secara langsung atau tidak langsung.