Penari Alam Wakaka tamat zaman bujang, bernikah 7 Mac lalu

PENARI dan pelakon, Alam Wakaka selamat bernikah dengan teman jiwanya, Nurul Alisya Najwa Hazman 7 Mac lalu.

Dengan hanya sekali lafaz, Alam sah menjadi seorang suami kepada isterinya dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Segamat, Johor.

“Assalamualaikum semua rakan-rakan serta pada pengikut setia saya.

“Pada 7 Mac 2021 saya telah menjadi suami kepada gadis pilihan saya @alisyanajwaa dengan satu Lafaz semasa bernikah di Pejabat Agama Segamat.

“Saya serta keluarga ingin meminta maaf kerana tidak menjemput saudara-mara dan sahabat serta peminat kerana tiada majlis persandingan.

Alam dedah sudah bernikah 7 Mac lalu.

Alam juga menjelaskan hanya mengadakan jamuan makan kecil dan sesi bergambar bersama keluarga.

“Yang ada cuma jamuan makan tengahari dan sesi bergambar bersama keluarga dan teman terdekat sahaja, mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Doakan yang terbaik buat saya serta isteri tercinta… Love you all,” tambah Alam.