Peminat Puji dan Samakan Alunan Suara Mengaji Shukri Yahya Dengan Salim Bahanan

Shukri Yahya menarik perhatian peminat dan netizen menerusi video perkongsian seorang pempengaruh Tiktok, Qawiyaro apabila menerjah pelakon Layang-Layang Perkahwinan itu ketika di sebuah set sesi bergambar.

Ketika diterjah Shukri Yahya kelihatan terkejut namun kekal tenang dan menyambung bacaan surah Al-Fil daripada Qawi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengatakan alunan suara Shukri persis Salim Bahanan, seorang hafiz Al-Quran. 

“Ni mesti slalu tengok Ustaz Salim Bahanan.. irama sama

“Alunan suara macam Salim Bahanan,” antara komen netizen.

Sumber : Tiktok