“Lawan Semua Dengan Doa”- Abby Abadi

 

Sejak berita kontroversi mengenai perkahwinan anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi tular di media sosial, kedua-dua mereka dilihat tidak memberi sebarang komen dan lebih selesa untuk mengunci mulut.

Namun, Abby Abadi menerusi Instagram story ada memuat naik satu hantaran, “lawan semua dengan doa”. Pelakon dan usahawan itu juga menulis perkataan Mama berserta tanda hati dipercayai ditujukan buat anak-anaknya.

Walaupun Marissa sudah tidak lagi mengikuti kedua ibu bapanya di media sosial, namun Abby dilihat masih mengikuti akaun media sosial anaknya itu.

Nama Marissa Dania, 19, kembali hangat diperkatakan selepas didakwa bernikah dengan pilihan hatinya Aslam yang merupakan suami kepada Umisya Mazlan.

Mereka dikhabarkan bernikah secara sembunyi di Songkhla, Thailand pada 17 Disember lalu ketika isteri pertama Aslam menunaikan ibadah umrah.