Home Hiburan Peminat Puji dan Samakan Alunan Suara Mengaji Shukri Yahya Dengan Salim Bahanan

Peminat Puji dan Samakan Alunan Suara Mengaji Shukri Yahya Dengan Salim Bahanan

Shukri Yahya menarik perhatian peminat dan netizen menerusi video perkongsian seorang pempengaruh Tiktok, Qawiyaro apabila menerjah pelakon Layang-Layang Perkahwinan itu ketika di sebuah set sesi bergambar.

Ketika diterjah Shukri Yahya kelihatan terkejut namun kekal tenang dan menyambung bacaan surah Al-Fil daripada Qawi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengatakan alunan suara Shukri persis Salim Bahanan, seorang hafiz Al-Quran. 

“Ni mesti slalu tengok Ustaz Salim Bahanan.. irama sama

“Alunan suara macam Salim Bahanan,” antara komen netizen.

Sumber : Tiktok

Exit mobile version