Tok Ram- Nyanyian Sabhi Pada Minggu Ini Lebih Hebat Dari Minggu Sebelum

Penyanyi dan pelakon, Sabhi Saddi menerima pujian dari Datuk Ramli MS atau lebih selesa disapa Tok Ram dakwaan mengenai nyanyiannya pada minggu ini lebih hebat dari minggu sebelum dalam Gegar Vaganza musim ke enam (GV6).

Alhamdulillah dengan komen Tok Ram tentang nyanyian Sabhi sudah meningkat mungkin ini adalah hasil nasihat dan kata-kata dari beliau sendiri.”

Dan mungkin juga dari sokongan peminat dan bantuan kawan-kawan jadi itu yang komen itu muncul dari mulut Tok Ram,” katanya kepada The News.

Sementara itu, Sabhi turut berkata bahawa lagu yang dinyanyikan semalam Bila Rindu dari Ruffedge itu dibawa dengan penuh beremosi.

Lagu yang bawakan tadi memang penuh dengan emosi. Jadi saya tujukan lagu ini untuk isteri dan anak-anak saya.”

Dah dua bulan Sabhi tidak jumpa mereka. Jadi lagu ini kena dengan emosi saya pada minggu ini,” katanya lagi.

Semasa ditemu ramah, Sabhi diminta mengulas komen mengenai GV6 akan dilanjutkan hingga minggu ke 11.

Kita tak sangka pun pihak GV nak buat macam ni. Saya sendiri pun terfikir tak logiklah sampai 3 orang tersingkir.

Jika mereka tersingkir saya dapat rasakan kehilangan sebuah ikatan keluarga antara kami hilang. Sedih sangat,” katanya dengan penuh emosi.

Bagaimanapun, Sabhi juga berkata ini lah masanya untuk beliau nyanyikan dengan penuh emosi dengan keadaan rindu akan anaknya yang sekian lama tidak jumpa.