Danial Gagal Untuk Berkolaborasi Dengan Ahli K-Clique

Desas-desus ada yang mengatakan Penyampai Radio Era Danial Zaini atau mesra disapa Danial ditolak tawaran dia untuk berkolaborasi dengan salah seorang ahli K-Clique.

Sebenarnya saya bukan tak diterima cuma adalah masalah persefahaman antara pengurus setia K clique dengan kami.”

Tapi kami sekarang pun dah berdamai,” katanya kepada The News.

Beliau turut berkata, bahawa platform berkolaborasi dengan ahli K-Clique ini merupakan langkah yang baik untuk Danial menceburi dalam bidang nyanyian.

Sementara itu, Danial berkata, Noki K-Clique yang akan berkolaborasi dalam nyanyian bersama Santesh.

Lagu kami tajuk dia ‘Poyo’ dan bergenre reggae serta kami selitkan bahagian rap.”

Insya Allah awal tahun hadapan lagu kami akan dilancarkan dan berharap akan berjalan dengan lancar.”