73 Penduduk Mangsa Banjir Kilat Terpaksa Dipindahkan

Sumber Foto - FMT

Seramai 73 penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat kediaman mereka dilanda banjir kilat di Taman Songket, Sungai Petani, Kedah petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad, berkata PPS di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Mahajothi dibuka selepas 16 rumah penduduk dinaiki air setinggi 1.5 meter.

Hujan berterusan bermula petang semalam hingga malam tadi menyebabkan berlaku limpahan air dari kolam Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA) Sungai Petani yang berada berhampiran.”

Air yang deras menyebabkan tembok pagar INTURA roboh dan air melimpah ke kawasan penempatan menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan mulai jam 8.25 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kemudian Azahar berkata, sistem saliran yang tidak sempurna gagal menampung jumlah air hujan

Menurut laporan Berita Harian, Azahar turut berkata terdapat parit yang sudah lama tidak diselenggara menyebabkan kawasan itu mudah dilanda banjir.

Keadaan banjir ketika ini dilaporkan sudah semakin surut, namun atas faktor keselamatan penduduk tidak dibenarkan lagi pulang ke rumah.”

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan situasi selamat sebelum membenarkan mangsa pulang,” katanya.

Sumber : Berita Harian