Demi Gaza, Eross Sheila on 7 Lelong Guitar Miliknya Yang Hanya Ada 50 di Dunia

Jakarta- Gitar Fender Telecaster Eross Candra #28, milik gitaris Sheila On 7, Eross Candra, sedang dilelong untuk membantu warga Gaza, Palestin.

Gitar ini sangat istimewa kerana hanya diproduksi sebanyak 50 unit di seluruh dunia dan Eross Candra merupakan satu-satunya gitaris Indonesia yang mendapat produk signature dari Fender.

Lelong gitar ini dimulakan hari ini Sabtu (8/6) hingga Ahad (9/6) melalui akaun Instagram Smosyu Music, @smosyu_music. Pemilik Smosyu Music, Agha Harlingga, mengatakan bahawa gitar ini pernah digunakan Eross dalam beberapa konsert besar Sheila On 7, meskipun masih tergolong baru.

Terpantau oleh The News Malaysia seorang Event Organizer asal Malaysia saudara Iman Tang juga cuba melakukan bidaan.

Namun pada masa ini, tawaran tertinggi sudah mencapai IDR 100,000,000.

Eross mengumumkan lelong ini melalui Instagram miliknya, @erosscandra, dan hasil lelong akan disumbangkan sepenuhnya untuk membantu warga Gaza.

Sebagai rekod, ini bukan pertama kalinya Eross mendermakan gitarnya bagi tujuan kebajikan di Gaza.

sebelum ini Eross memberikan gitarnya melalui Sakti ex Sheila on 7 semasa konsert Sakti dan Opick di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu.

Lelong berlangsung hingga Ahad pukul 09.00 Pagi, dan hasilnya akan disalurkan melalui Smosyu Music ke Badan Zakat Nasional Indonesia melalui via KitaBisa.com

Hingga kini, lelong telah menarik banyak peminat, termasuk pemuzik Faizal Lubis yang membida sebanyak IDR 100,000,000 atau berkisar MYR30,000.00

Berikut sedikit cerita tentang gitar Eross ini.

(fender telecaster Eross Candra #28).

#28 adalah gitar yang saya pakai pribadi sejak @sheilaon7 pertama kali perform setelah era pandemik berakhir.

Gitar ini juga yang dipakai di konser

“Tunggu Aku Dijakarta 2023” atau banyak posting IG gitar saya selama ini.

Semoga #28 bisa terus mencerahkan hati siapapun yg memainkannya, seperti saya yg selalu cerah saat memainkannya. – Sumber – IG Eross Candra