Ryan Que Akui Terkilan Tinggalkan Pentas Mentor Milenia

Mempunyai impian untuk beraksi di pentas akhir, siapa sangka Ahad lalu menjadi minggu terakhir buat peserta Ryan Que dalam program Mentor Milenia.

Mengakui agak terkilan kata Ryan dia kekal positif untuk meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian selepas ini.

Saya memang agak terkejut untuk disingkirkan pada minggu ke tujuh, lebih tepat tiga minggu sebelum ke pentas akhir.”

Namun saya percaya kepada rezeki dan akan tetap berusaha. Malah selepas ini juga saya akan meminta nasihat Akim selaku mentor saya untuk memastikan perjalanan dalam bidang seni ini lebih mudah,” katanya kepada The News.

Sementara itu Akim juga tidak menyangka Ryan menjadi pilihan untuk meninggalkan pentas Mentor Milenia pada malam itu.

Nyanyian perlukan karakter dan Ryan Que merupakan kad Ace saya dan saya tidak sangka Que akan tersingkir pada minggu ini.”

Namun, adat pertandingan mesti ada naik jatuhnya dan saya percaya Que boleh menyerlah di luar sana.” kata Akim.

Sementara itu di minggu ketujuh yang menampilkan tema duet Ryan protege memilih Sarah Suhairi sebagai pasangan duet telah menyampaikan lagu Stay (penyanyi asal Rihanna dan Mikky Ekko).