[ Video ] Nenek 82 Tahun Belasah Penyamun Dengan Meja, Shampu, Dan Penyapu

Rumah yang tidak berpenghuni, tiada kawalan sekuriti, atau didiami wanita dan warga emas biasanya menjadi sasaran penyamun kerana lebih mudah untuk mereka melepaskan diri.

Namun tanggapan itu tidak selalunya betul kerana telah banyak kes samun yang dilaporkan di mana mangsa warga emas berjaya melawan penyamun dengan sedaya upaya sehingga mereka tumpas.

Baru-baru ini pula seorang nenek berusia 82 tahun berkongsikan kisah bagaimana kediamannya dimasuki penyamun.

Ketika Willie Murphy di rumah keseorangan, hadir seorang lelaki mabuk berusia 28 tahun yang berpura-pura sakit untuk memujuk wanita itu untuk membenarkannya masuk.

“I’m alone and I’m old, but guess what? I’m tough.”

Willie Murphy is 82. She’s a powerlifter. When a 28-yr-old man tried to break into her house – she says she took him DOWN.

Namun Willie tidak terpedaya dengan lelaki itu dan menutup pintu tanpa membenarkan lelaki berkenaan masuk.

Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi yang kuat dan mendapati bahawa lelaki tadi telah memecahkan pintunya.

Willie dengan segara mengangkat meja berhampirannya dan mencampakkan pada lelaki berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, warga emas tersebut menuangkan satu botol shampu pada muka penyamun berkenaan sambil memijaknya, sebelum memukulnya dengan penyapu.

Willie berkata penyamun itu memilih rumah yang salah untuk dipecah masuk, kerana walaupun dia sudah tua dan tinggal berseorangan, dia sangat kuat.

 

Willie yang merupakan juara ahli bina badan mampu mengangkat berat yang dua kali ganda berat badannya.

Sumber : Washington Post