Pentas AJL cetus keberanian Bob Yusof

 

Selepas hampir tiga tahun tidak mengeluarkan single ternyata peluang untuk membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu Ke- 34 (AJL34) untuk menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi sebab untuk dia tampil dengan Dan Hari Ini.

Jelas Bob Yusof melihat kelebihan jenama AJL itu sendiri membuatkan dia yakin ini adalah waktu yang sesuai untuk dia muncul dengan sesuatu yang baharu selepas sekian lama menyepi.

“Kalau nak kata lebih berani selepas muncul di AJL saya tidak nafikan juga. Sebab kita boleh lihat sendiri bagaimana perhatian kepada AJL ini sangat besar jadi saya teruskan momentum untuk keluarkan lagu ini pula.

“Dalam tempoh tiga tahun itu memang saya ada minta lagu tetapi sayangnya tidak ada yang melekat di kepala. Soal ini saya akui sedikit cerewet, sebab
Saya tidak mahu sekadar ada lagu baharu sahaja,”katanya ketika sidang media di Damansara semalam.

Menyimpan hasrat agar lagu ini pula yang akan ke AJL tahun hadapan. Kata Bob mana-mana penyanyi juga mengimpikan perkara yang sama. Tetapi dia tahu akan keperluan lagu ini untuk mendapat kepercayaan peminat dahulu sebelum pergi lebih jauh.

“Memang kalau boleh saya juga mahu berada di pentas AJL, malah bukan sahaja saya semua penyanyi juga.

http://https://youtu.be/-zYHRS_TM6I

“Cuma kali ini saya mahu buat sesuatu yang berbeza, dalam soal promosi bagi memastikan lagu ini dapat diterima dengan baik,”jelasnya.

Dan Hari Ini adalah ciptaan komposer Sharon Paul bersama Hanz Guo Hang dan turut mendapat sentuhan penulis lirik popular Iman Imran.

Sementara Lirik video Dan Hari Ini kini boleh ditonton di saluran YouTube Indigital Music dan boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Joox dan Deezer.