TMJ bagi amaran kepada Safawi?

 

Hilang fokus diatas padang, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ternyata memberi amaran keras kepada pemain kelab bola sepak itu.

Menerusi laporan Harian Metro, Safawi Rasid adalah pemain yang dimaksudkan Tunku Ismail di laman Instagram pagi tadi.

Turut mengaitkan prestasi merudum itu ada kena mengena dengan kekasih Safawi, Syifa Melvin.

Jelas Tunku Ismail tekanan yang diberikan Syifa ke atas Safawi untuk segera berkahwin menjadi punca pemain yang berasal dari Dungun, Terengganu itu mempamerkan “performance” yang semakin hancur.

“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.

“Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,” kata Tunku Ismail di laman sosial Instagramnya.

Tidak memandang remeh soal ini, Tunku Ismail juga meletak kata dua kepada Safawi, sama ada kembali fokus di atas padang atau kemungkinan disingkirkan daripada pasukan.

“Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena ‘pressure’ setiap hari di paksa kahwin. Semoga maju jaya.Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.”

Sementara itu melalui laman Instagram Syifa pula turut memuatnaik kenyataan mengenai spekulasi ini.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah minta satu sen duit Safawi,” tulisnya.