“Mengimbau memori!” – Peminat sebak ‘layan’ lagu baharu Bunkface, ada yang mula jadi peminat sejak darjah 4

TIDAK seperti kebanyakan lagu-lagu Bunkface sebelum ini dimana lagunya ditulis sendiri oleh Sam (Vokalis Bunkface), kali ini Sam berkongsi karyanya bersama-sama beberapa penulis lain seperti Epul Kuat , Izzy Musa dan Shahir.

Lebih menerarik, anggota yang lain iaitu Youk & Pa’an turut sama mencurah idea dalam proses penulisan lirik untuk lagu ‘KORANG’. 

“Lagu ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara “independent” sebagai Bunkface.

Bunkface

“kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama sama dengan peminat dan sahabat sahabat rapat di sekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh di belakang Bunkface! lagu ini adalah untuk korang semua,” jelas Bunkface.

Tambah Sam lagi “Semua orang ada memori , semua orang ada hati , semua orang ada orang tersayang , semua orang ada korang”.

‘KORANG’ berjaya mendapat hampir 100 ribu tontonan di laman Youtube

Dan selepas lima hari dilancarkan, ‘KORANG’ berjaya mendapat hampir 100 ribu tontonan di laman Youtube.

Para peminat turut meluahkan kegembiraan atas pelancaran single ini.

Antara komen peminat

“Aku ingat kali pertama dengar lagu korang kat MTV ,Silly Lily… Dan sekarang 2022, I’m smiling when see you guys do music again. It does bring back the memories. Thanks Bunkface!,” tulis seorang peminat.

“Sumpah sebak, rasa macam vibes habis sekolah pun ada hahahaha damn, rindu kawan-kawan lama. Daripada aku darjah 4, sekarang dah 24 tahun, Bunkface tetap di hati aku selamanya! Terimakaseh masih setia untuk kami. KORANG memang steady!,” tulis seorang lagi peminat.