Polis marin rampas peralatan vape seludup bernilai lebih setengah juta Ringgit!

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas pelbagai pod rokok elektronik yang bernilai lebih setengah juta ringgit dalam satu serbuan di sebuah kedai kosong di Kampung Simpangan, di sini petang semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, kesemua barangan dirampas itu dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran, lapor Astro AWANI.

“Antara barangan yang dirampas terdiri dari pod vape, 1,209 unit; peralatan aksesori (coil & catridge), 234 unit; cecair vape, 23,397 unit dan 422 botol serta rokok putih berjumlah 750 karton,” katanya dalam satu kenyataan.

“Semasa serbuan pintu rumah kedainya tidak berkunci dan tiada penghuni sebelum anggota masuk untuk menjalankan pemeriksaan,” katanya kepasa Astro AWANI.

Tambahnya, kesemua barangan yang dirampas itu rokok akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan meningkatkan pengawasan di sekitar sungai yang menjadi laluan kepada penyeludup sama ada untuk membawa masuk atau keluar barangan terlarang.

Sempadan negara yang bakal di buka pada 1 April depan ditambah pula dengan sambutan Ramadhan mendorong aktiviti penyeludupan kembali aktif.

Sumber: Astro AWANI