Latihan makin berat, Khai Bahar tidak sabar menunggu tarikh konsert

Mengakui Bukan mudah, namun menjelang konsert sulung, persiapan rapi harus dilakukan dengan baik dalam memastikan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang bakal berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini akan menjadi hadiah terbaik buat peminatnya.

Kongsi Khai Bahar, 26, latihan nyanyian dan tarian yang dilakukannya hampir setiap hari kini bukan sahaja menguji kemampuan dirinya namun dalam masa yang sama turut memberi peluang untuk dia belajar banyak perkara.

“Dari hari ke hari latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar memang dasyat. Macam ‘didera’ rasa. Sebagai contoh menari, saya bukan saja kena belajar satu jenis tarian, tapi banyak.

“Antaranya, tarian moden, tradisional dan Bollywood. Bagi saya, setiap satu adalah cabaran apatah lagi saya bukan penari. Memang kena tahan mental. Kalau tidak, boleh mengalah dibuatnya.

“Tapi, saya menjadikan semua itu sebagai proses pembelajaran. Saya percaya setiap tenaga pengajar yang terbabit mahukan yang terbaik untuk konsert ini,” katanya kepada Harian Metro.

Mahu setiap lagu yang disampaikan pada konsert nanti memberi pengalaman berbeza buat penonton. Kata Khai, setiap lagu juga mempunyai penceritaan yang berbeza.

“Saya bukan saja kena menyanyi, tapi setiap lagu ada penceritaan. Malah, sepanjang konsert itu ada jalan cerita tersendiri. Semua itu, saya kena sampaikan sendiri.

“Alhamdulillah, saya bertuah apabila Kak Ogy selaku penerbit eksekutif ini menyediakan tenaga pengajar terbaik untuk saya. Tinggal lagi saya kena berikan yang terbaik.

“Insya-Allah, saya cuba dan tidak mahu menghampakan semua pihak. Namun, saya tidak mahu terlalu yakin. Apa boleh dibuat, berlatih untuk menjadi yang terbaik,” katanya.

Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Khai menyanyikan hampir 20.

Antara tenaga pengajar terbabit adalah Pat Ibrahim selaku pengarah dan pereka tari, Adeep Nahar (guru vokal) dan Saiful Ridzuan Sharadudin (pengarah muzik) dan ramai lagi.

Tiket untuk menyaksikan konsert ini masih boleh didapati di www.airasiaredtix.com