Jom Pow Suria hadiahkan barangan peribadi artis buat peminat

    Segmen ‘Jom Pow Suria’ yang melibatkan penyampai Suria seperti Ajak, Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin mendapat sambutan hangat daripada pendengar-pendengar setia Suria FM. Mula disiarkan pada awal Februari lepas, segmen ini memberi peluang kepada pendengar untuk mendapatkan barangan peribadi milik penyampai-penyampai Suria.
     
    Bersiaran secara langsung melalui Facebook Suria Malaysia, kali ini ‘Jom Pow Suria’ akan memperkenalkan Jom Pow Selebriti Suria pula dimana selebriti-selebriti popular tanah air akan memberikan barangan-barangan peribadi mereka kepada pendengar bertuah.

    Jom Pow Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Wany Hasrita


     
    Seperti ‘Jom Pow Suria’ sebelum ini, mekanisme untuk melayakkan pendengar untuk memenangi barangan peribadi selebriti jemputan adalah dengan hanya perlu menjawab soalan yang diberikan.
     
    Antara selebriti-selebriti yang akan turut serta di dalam segmen Jom Pow Selebriti Suria ini adalah seperti Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Haqiem Rusli, Luqman Faiz, Sufian Suhaimi, Fara Hezel dan ramai lagi.
     
    Minggu ini, pendengar boleh dapatkan barangan peribadi milik Wany Hasrita, Afieq Shazwan dan Haqiem Rusli dalam segmen Jom Pow Selebriti Suria ini yang akan bersiaran secara langsung di Facebook Suria Malaysia pada 13 Mac ini (Jumaat) selama satu jam, dari jam 9 malam 10 malam.
     
    Nantikan juga siaran langsung Jom Pow Selebriti Suria dengan selebriti seperti Luqman Faiz, Sufian Suhaimi dan Fara Hezel pada 18 Mac, Rabu hadapan hanya di Facebook Suria Malaysia.

    Gaisss jom POW @wanyhasrita @haqiemrusli98_ dan @afieq.shzwn pada Jumaat ini jam 9 malam. Korang nak POW siapa??? Pilih2! ? #suriafm #suriamalaysia #segalanyahiburan

    Posted by Suria FM on Wednesday, March 11, 2020

    Disamping itu, Suria turut memperkenalkan peraduan “Suria bagi Duit..Huntonglah!” sepanjang bulan Mac ini bermula pada 9 Mac hingga 27 Mac. Menangi sebahagian wang tunai bernilai RM25,000 dengan hanya menjadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil dan menjawab lima soalan dalam masa 30 saat menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria/Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Setiap jawapan bernilai RM250 dan pemenang akan memenangi wang tunai berdasarkan jumlah jawapan yang betul.
     
    Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.