Tottenham Berharap Magis Mourinho

Tottenham menyerahkan kepada Jose Mourinho untuk mengekalkan status mereka dalam saingan elit Liga Juara-Juara, tetapi permulaan buruk dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) menyebabkan pengurus dari Portugal itu mempunyai tugas berat.

Tottenham menyerahkan segala harapan kepada Jose Mourinho untuk mengekalkan status mereka dalam saingan elit Liga Juara-Juara.

Namun, Pelantikan Mourinho itu bukanlah disukai ramai dalam kalangan penyokong Spurs hanya disebabkan rekodnya yang pernah menjadi pengurus Chelsea sebelum ini.

Dia bagaimanapun berjaya melonjakkan imej pada penampilan sulungnya apabila mencatatkan kemenangan pertama Tottenham di tempat lawan dalam saingan EPL sejak Januari lalu dengan kemenangan 3-2 di West Ham, Sabtu lalu.

Kemudian, Perjanjian yang ditandatangani Mourinho, minggu lalu dikatakan turut merangkumi bonus £2 juta (RM10.73 juta) jika dia dapat meletakkan pasukan dalam kelompok empat terbaik sekali gus memberi gambaran betapa sukar tugasnya itu.

Menurut laporan Berita Harian, Kemenangan ke atas Olympiakos, awal pagi Rabu ini di laman sendiri akan memastikan Tottenham mara ke peringkat kalah mati.

Saya rasa kami boleh memenangi perlawanan di tempat sendiri sekali gus memastikan tempat ke peringkat kalah mati,” kata Mourinho yang mempunyai rekod membanggakan dengan membawa Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United layak dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

 

Sumber : Berita Harian