Haqiem Rusli dan Baby Shima Ikon Selebriti JAM

Pada hari ini, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MOA), Mengadakan Majlis Soft Launch Jelajah Agroprenuer Muda (JAM) di Wisma Tani Putrajaya.

Dua Artis tanah air telah diperkenalkan sebagai IKON SELEBRITI (JAM) bagi menjayakan Jelajah Agroprenur Muda (JAM) iaitu Haqiem Rusli dan Baby Shima, Peranan dua artis ini sebagai IKON SELEBRITI (JAM) untuk menarik golongan muda untuk menceburi bidsng pertanian dan industri makanan.

Menurut Ybhg Dato Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan dalam ucapan nya, Pihak Kami berharap dengan ada nya dua Ikon Selebriti (JAM) dapat membantu pihak kementerian untuk bersama – sama membawa mesej penting bahaw sektor pertanian ini memerlukan golongan muda untuk memastikan kelestarian industri ini pada masa akan datang.

JAM 2020 ini akan diadakan di Lima zon, Di seluruh Negeri, Bermula Pada 13 hingga 15 Mac 2020. Bermula di Zon Utara.

Majlis pelancaran program dan memperkenalkan penyanyi Haqiem Rusli dan Baby Shima sebagai duta Jelajah Agropreneur Muda (Jam 2020) di Wisma Tani, Putrajaya.

Posted by mStar Online on Monday, March 9, 2020