Ashira dan Bad Sah Bergelar Suami Isteri

BEKAS peserta Gegarvaganza 2020, Ashira selamat bergelar isteri kepada pasangan hidup Bad.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz selamat bernikah dengan dua kali lafaz bersama Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah yang juga ahli kumpulan Indigo semalam.

Mereka bernikah di Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya.

Pasangan ini juga dinikahkan bapa Ashira sendiri, Syed Abdul Aziz Syed Alwi.

Semoga pernikahan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan bahgia selalu.