Cari sampai ke lubang cacing, akhirnya lokasi persembunyian Sajat dikesan polis

SETELAH sekian lama, polis akhirnya sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, beliau tidak mahu mendedahkan lokasi sebenar lelaki berusia 36 tahun berkenaan kerana bimbang akan mengganggu siasatan.

“Kita tahu, cuma saya tak boleh dedahkan kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan,” katanya pada sidang akhbar secara talian pada Isnin.

Terdahulu, Polis Ampang Jaya memaklumkan pihaknya sedang mengesan Sajat bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan kad pengenalan selain gagal menghadirkan diri pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.