YHB Sleepsalot lancar lagu kolaborasi “Jatuh Boi” bersama SonaOne

PENYANYI rap baharu Singapura, YHB Sleepsalot baru-baru ini melancarkan single kolaborasi berjudul Jatuh Boi bersama penyanyi rap terkenal, SonaOne.

Lagu Jatuh Boi dihasilkan oleh RIIDEM dan FlightSch, dan ia telah dilancarkan sejak di streaming atas talian sejak 11 Jun lalu. 

“Kami mempunyai chemistry yang baik sehingga membuatkan lagu ini mudah dihasilkan dan ia berjalan dengan begitu lancar”, katanya.

Menurut rapper yang berusia 20 tahun itu, ini merupakan impiannya untuk berkerjasama dengan SonaOne.

Bercerita mengenai Jatuh Boi, YHB cuba mengadaptasi kegagalan itu kepada sesuatu yang lebih positif.

Sementara itu, SonaOne mendedahkan bahawa lagu ini dibuat dalam masa 24 jam dan rakaman dilakukan dari jarak jauh melalui Zoom.

SonaOne berkata, “Konsep ini adalah sesuatu dekat dengan kehidupan kita dan kami berharap agar ramai yang terinspirasi untuk tidak menyerah dan bangkit semula ketika mereka jatuh”.

Apa pun, mari kita layan dulu lagu ini!