“Ibu ada anak kecil memang macam ni ke?” – Influencer wanita kena kecam kerana didakwa pengotor!

TULAR satu video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter @meinmokhtar di mana ia menunjukkan seorang selebriti media sosial memaparkan keadaan rumahnya yang ‘bersepah’ dengan lampin pakai buang terpakai.

Menurut sumber warganet, wanita tersebut didakwa sebagai bekas pembantu peribadi usahawan popular Vivy Yusof itu merakam ‘pampers’ bayi yang sepatutnya dibuang itu berada di lantai, sofa, mainan dan beberapa sudut rumahnya.

Video berdurasi 19 saat itu mengundang perhatian warganet dan ratanya berasa loya dan jijik selepas melihat persekitaran rumah wanita berkenaan selain menyifatkan wanita tersebut sebagai pengotor.

Wah! Dahsyat betul ya! tapi tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut hanya hiburan semata-mata meraih populariti atau memang betul dia ibu ‘paling sibuk’ yang pengotor…