Kongsi pengalaman melahirkan anak ke lima, isteri Aliff Syukri akui masih takut

Pengalaman melahirkan anak kelima tidak memberi sebab untuk Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida tidak berasa takut.

Berkongsi pengalaman kali ini kata Shahida, mungkin faktor perasaan yang merasakan dia baru sahaja melahirkan anak keempatnya membuatkan dia takut akan kesakitan yang akan dihadapi melahirkan Raudhah Arshiyah.

“Mungkin dah masuk 5 kali bersalin tidak sesukar seperti yang awal-awal. 

“Walaupun dah ada bukaan tapi masih belum rasa kontraksi kuat untuk bersalin. 

“Sejujurnya saya rasa takut juga nak bersalin sebab macam baru je sakit nak bersalin @yusoffalqardawi_terlajaklaris teringat-ingat,” tulisnya.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila kelahiran anaknya pada 19 Disember lalu itu cukup mudah apabila mengambil masa hanya 51 minit sahaja.

“Tapi kali ni dipermudahkan start sakit jam 4.00 petang jam 4.51 dah selamat bersalin.

Sementara itu Shahida turut berkongsi video pendek suaminya Aliff Syukri yang kelihatan tertidur ketika menunggu dia dibilik bersalin. Malah dia turut berkongsi momen kelakar apabila suaminya itu kerap bertanya soalan sama.

“Terima kasih @aliffsyukriterlajaklaris temankan dalam bilik bersalin walaupun dia siap tertido kat dalam bilik bersalin tu.

“Bosan dia tunggu saya asyik tanya je dah sakit ke belum? 

“Bila baby nak keluar? Pukul berapa? Manalah kita tahu pukul berapa dia nak keluarkan,” tulisnya lagi.

Sementara itu Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
 
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat, Ameena.