“Sayang kalau orang Melayu tidak tahu tulis Jawi”- Tunku Azizah

Selepas sahaja tulisan Jawi hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia, lantas ciapan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah tular dan mendapat perhatian netizan. 

“Sayang kalau orang Melayu tidak pandai menulis jawi, atau Orang Cina tidak pandai menulis Mandarin, Orang India tidak pandai menulis Tamil atau Orang Siam dengan tulisan Siamnya. 

“Huruf ABC itu amat meluas dan global. Dan kenalah pandai tulis cara kita juga tidak salah tambahkan ilmu dan tidak rugi,” ciap baginda di laman Twitter.

Sementara itu, Baginda turut bertitah, bahawa penulisannya dalam Jawi tidak secantik yang dijangka serta berkongsi mengenai baginda amat gemar membaca akhbar Utusan Melayu.

“Tulisan Jawi merupakan seni. Kalau tulisan Mandarin mereka menggunakan Chinese Brush atau tulisan Italic menggunakan pen kaligrafi. Dan titu bukanlah senang yang dijangka.

“Walaupun saya pandai membaca tulisan Jawi, Baca Al-Quran tetapi tulisan saya tidak cantik!. Dan dulu saya suka baca Utusan Melayu,” tulis baginda.

Bagaimanapun, ciapan baginda meraih lebih 7,400 tanda suka, 2,000 ulang ciap serta komen yang majoritinya setuju dengan perkongsian baginda.