79 keldai dadah rakyat Malaysia berjaya ditangkap di luar negara

Seramai 79 keldai dadah warga Malaysia ditangkap di luar negara sejak Januari sehingga November tahun ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, jumlah tersebut merangkumi 67 lelaki dan 17 wanita yang telah ditahan di 12 negara.

“Setakat ini seramai enam orang telah dituduh di Singapura. Saya juga telah mengadakan Mesyuarat bersama Supreme’s Prosecutors Office Korea di Bukit Aman berkaitan 11 tangkapan warga tempatan di negara tersebut,” katanya dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, Mohd Khalil berkata,
Antara punca mereka terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah ini kerana masalah kewangan dalam hidup merek.

“Selain itu mereka juga terpengaruh dengan rakan atau sindiket yang memberi peluang pergi ke luar negara,” katanya.