Jeon So Sin ‘diserang’ gara-gara cubaan jadi ahli Blackpink, tendang Jisoo (Blackpink)

NETIZEN seluruh dunia mula memperkatakan tentang episod terbaharu rancangan variasi Runningman yang menampilkan kumpulan sensasi Blackpink.

Dalam episod tersebut yang ditayangkan di stesen SBS itu, So Min dilihat membuat jenaka dengan muncul sebagai ‘ahli kelima’ Blackpink dan turut menari bersama melalui lagu terbaharu mereka berjudul Lovesick Girls.

Bagaimanapun kemarahan peminat mula meluap apabila So Min dilihat bergurau dengan menyepak salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo dalam salah satu permainan yang dijalankan.

So Min dilihat berjenaka dengan menendang Jisoo.

Ahli Runingman yang baru sahaja menyertai program tersebut pada tahun 2017 ini dilihat terus menerima kritikan daripada peminat seluruh dunia selepas siaran program tersebut disiarkan.

Peminat kumpulan yang terkenal dengan lagu Kill This Love ini turut menyerang akaun Instagram So Min dengan kata-kata cemuhan.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Untuk rekod, So min pernah mengambil cuti sekitar mac lalu untuk menenangkan diri dek kerana terkesan dengan komen-komen negatif yang diterima penonton Runningman.

Bagaimanapun komen sedemikian kembali bertebaran selepas dia kembali menyertai program terkenal Korea Selatan itu.