Suami orang cuba panjat siling lepas ‘kantoi’ berkhalwat

SEORANG lelaki yang juga merupakan suami orang cuba memanjat siling bagi mengelakkan diri dicekup sedang berkhalwat di taman perumahan di Alor Mengkudu, Kedah awal pagi tadi. 

Bagaimanapun usaha berani lelaki berusia 55 tahun itu gagal apabila anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berjaya mengesan perbuatan terkutuk itu pada jam 1.10 pagi tadi. 

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, lelaki tersebut dikatakan enggan memberi kerjasama ketika diminta membuka pintu.

“Pihak JAIS terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis peronda untuk pecahkan pintu kediaman dan pasangannya didapati berada di tingkat atas rumah berkenaan’, katanya. 

Selain itu, kedua-dua mereka turut gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan hubungan mereka sama ada suami isteri atau sebaliknya. 

Jelas Radzi, kedua-dua mereka yang merupakan penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014. 

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Most Popular