Walaupun Tiada Komitmen Hidup, Rupanya Kucing Juga Boleh Terkena ‘Depression’

SEORANG pemilik kucing jenis British Short Hair berkongsi cerita berkenaan kucing peliharaannya itu yang terpaksa mengambil ubat ‘anti depression’  disebabkan kemurungan.

Menurut pemilik akaun Twitter bernama Dina, dia mula menyedari keadaan haiwan peliharaanya itu berat badan kucing yang diberi nama ‘Luna’ semakin susut dan kurang aktif.

“Saya mula perasan bila badan Luna susut dan tak aktif, saya terus bawa ke klinik haiwan dan doktor cakap memang berat dia turun. Mungkin sebab bosan atau tak dapat nak mengawan,” katanya.

Menurutnya, kucing kesayangannya itu juga turut mengalami simptom lain seperti bulu gugur dengan banyak.

Bagi merawat ‘Luna’, Dina, sering membawa kucingnya itu, berjalan-jalan menaiki kereta bagi menghilangkan rasa bosan dan menceriakan semula ‘Luna’.

Dina juga bertindak dengan membela seekor lagi kucing bagi menemani kucing kesayangannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak mempercayai, kucing juga boleh berhadapan dengan situasi begini, sama seperti manusia.

“Macam mana kucing pun boleh tertekan ni, kesian dekat Luna, Cepat sembuh tau,” komen seorang pengguna Twitter.

“Comel betul ‘Luna’, tak ada hutang, tak ada kawan, tak ada bebanan pun boleh stres, apatah kita yang manusia ni,” komen Zainal.

Perkongsian Dina di akaun Twitter menjadi tular sehingga meraih tontonan sebanyak 1.7 juta, 13,000 tanda suka dan 8,301 ulang ciap.

Sumber gambar & laporan – Kosmo! Online