TOP 5 bazar Ramadan terbesar dan popular sekitar Lembah Klang, wajib kunjungi!

    Bulan puasa bakal menjelang tidak lama sahaja lagi. Tidak sabar rasanya. Pasti ramai yang mula mencari-cari dimana lokasi bazar ramadan tahun ini, bukan? Disini, kami kongsikan TOP 5 bazar ramadan terbesar dan popular di Malaysia yang wajib anda kunjungi! 

    1.Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

    Sumber gambar: Ahmad Syazwan Abdul Aziz

    Bazar Ramadan TTDI yang terkenal di sekitar lembah Klang sentiasa menjadi tumpuan utama pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa. Rambang mata melihat pelbagai jenis makanan yang dijual seperti murtabak, kambing golek, tepung pelita dan macam-macam lagi untuk anda cuba. 

    2. Bazar Ramadan Stadium Shah Alam

    Sumber gambar – Selangorkini

    Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, merupakan bazar yang sering viral kerana banyak menu menarik yang dijual termasuklah nasi Arab Chef Ammar dan murtabak Singapura. Mempunyai puluhan gerai disana pastinya membuat anda ingin membeli semuanya. Yang penting, jangan membazir ya!

    3. Bazar Ramadan Seksyen 14 Petaling Jaya

    Sumber gambar: OpenRice Malaysia

    Deretan gerai sepanjang jalan yang menawarkan anda aneka makanan yang menyelerakan seperti ikan bakar yang diperap dengan rempah istimewa mereka, murtabak, tepung pelita yang lemak manis dan banyak lagi yang menunggu anda.

    4. Bazar Ramadan Tun Razak, Cheras

    Sumber gambar: Berita Harian

    Terletak di Jalan Jujur, berbagai juadah ada dijual disini. Kawasan bazar yang luas menjadikan pengunjung lebih tertarik untuk memilih lauk pilihan. Salah satu yang menu yang ditunggu-tunggu adalah daging itik salai, akok tradisional, juga pelbagai perisa air balang yang menanti untuk hidangan berbuka nanti.

    5. Bazar Ramadan Wangsa Maju, Kuala Lumpur

    Sumber foto: Mohd Fazlin Mohd Effendy (Flickr)

    Berdekatan dengan LRT Wangsa maju menjadikan bazar ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang baru pulang bekerja terutamanya. Paling best Roti John yang padat dengan isi, martabak Maggi, dan tidak dilupakan kepak ayam madu juga! 

    Yang seronoknya, tahun ini berkemungkinan akan banyak lagi bazar yang menanti kehadiran anda. Jadi, jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan anda bagi memeriahkan lagi suasana bulan Ramadan ini. Ingat, berjimat-cermat dan jangan boros tau!

    Sumber gambar tajuk – The Star | Sumber laporan – The News Malaysia