Buah Durian yang berasal daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio adalah buah yang popular dan digemari oleh rakyat Malaysia, tak kira apa jua peringkat umur.
Seperti kebiasaannya setiap tahun, penggemar durian yang juga diberi nama jolokan ‘Raja Buah’, akan menanti ketibaan musim durian pada setiap tahun.
Peniaga durian tidak melepaskan peluang untuk menyediakan tempat yang selesa dan pelbagai jenis durian seperti Black Thorn, Udang Merah, Musang King, Kunyit Emas khas buat peminat durian di luar sana.
Sempena musim Durian kali ini, MediaLah telah menganjurkan satu peraduan “Teka & Menang” di laman sosial tempoh hari. Peraduan mendapat sambutan yang baik dan 3 pemenang bertuah telah dijemput bersama keluarga untuk menikmati durian di Durianman, SS2 Petaling Jaya pada hari Sabtu lalu.
Bagi saya yang paling sedap durian musang king,
– Roslinah Roslee & Suami
ada campuran manis dan pahit sikit. Black thorn pun sedap lebih manis dan berlemak.
Para pemenang disajikan dengan durian “Black Thorn” dan Kunyit Emas (Musang King) dan berpeluang beramah mesra dengan team Medialah dan “followers” kami yang hadir. Bukan itu sahaja, perjumpaan bersama pemenang ini dimanfaatkan juga dengan berkongsi idea dan strategi untuk lebih dekat dengan peminat MediaLah.
Medialah bukan sahaja memberikan berita terkini, isu semasa dan viral, malah MediaLah juga sentiasa aktif menganjurkan peraduan yang bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat. Oleh itu, Jangan lupa sertai pelbagai lagi peraduan akan datang, mana tahu kali ini rezeki korang semua untuk menang. Stay tuned!
Jangan lupa Follow, Like dan Share page MediaLah:
IG : https://www.instagram.com/medialahmy/
FB : https://www.facebook.com/Medialahmy
Tiktok : https://www.tiktok.com/@medialahmy