Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

Foto: BERNAMA

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, tiga butir peluru telah menembusi badan mangsa, Koperal Norihan A/L Tari menyebabkan kebocoran pada pada ususnya.

“Sebelum saya pulang ke Padang Besar, saya sempat singgah Hospital di Kangar, beliau dalam keadaan stabil penuh bersemangat walaupun terdapat tiga butir peluru dalam badannya.

“Saya dimaklumkan peluru tersebut telah tembus pada ususnya, dua lagi peluru tidak tembus mana-mana organ penting.

“Insyallah beliau akan sembuh,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman hari ini.

Mendiang Koperal Baharuddin Ramli akan disemadi esok.

Sementara itu, jenazah mendiang Koperal Baharuddin Ramli akan disemadi dengan penuh kehormatan esok.

Ketika ini jenazah mendiang masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan akan dibawa ke PGA Batalion 3 Bidor, Perak selepas proses bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu mangsa sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, yang mengalami kecederaan parah ketika insiden berbalas tembakan di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar melibatkan kumpulan penyeludup.