Tangguh sambutan hari lahir dengan peminat, Khai Bahar berdebar tunggu konsert

    Baru sahaja menyambut ulang tahun ke 26 penyanyi Khai Bahar akui tiada sambutan dengan peminat yang dibuat memandangkan dia sendiri agak sibuk dengan perancangan Konsert Khai Bahar: Dari Smule ke Pentas Dunia yang bakal diadakan pada 27 dan 28 Mac depan.

    Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia

    Jom LIKE / KOMEN / SHARESalam sayang semua ???Pasti Khai rindu dengan anda semua ☺️☺️☺️Jom berhibur dengan Khai di :-Konsert solo Khai,Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia bakal berlangsung,Pada 27 & 28 Mac ini di Istana Budaya..Tiket mulai dijual hari ini dengan harga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (Gold Seats, Meet & Greet). Pembelian boleh dibuat di https://airasiaredtix.com/tickets/konsert-khai-bahar-dari-smule-ke-pentas-dunia#tab-ticketsAnda juga boleh follow IG rasmi konsert ini @konsertkhaibahar dan gunakan #konsertkhaibahar untuk segala info terkini..Terima kasih pada Ogy Ventures & Network Sdn Bhd by @kak_ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan Istana Budaya atas kepercayaan ini..Jumpa di sana!.Instagram :-@kak_ogy@hazelnartworkstudio@konsertkhaibahar@khaibahar94.#konsertkhaibahar#khaibahar

    Posted by Khai Bahar Official on Monday, February 3, 2020

    Kata Khai buat masa ini dia tangguhkan dahulu sambutan hari lahir dengan peminat bagi memberi laluan kepada persiapan konsertnya yang akan berlansung di Istana Budaya.

    “Tiada sambutan hari lahir dengan peminat buat masa ini memandangkan saya sendiri agak sibuk dengan persiapan konsert.

    “Senang cerita saya tangguhkan sahaja pertemuan dengan peminat sehingga hari
    Konsert, boleh sambut pada hari konsert sahaja,” katanya yang mempunyai 2 juta pengikut di laman Instagram.

    Namun kongsi Khai yang menyambut hari lahir 28 Februari dia tetap diraikan ahli keluarganya dalam majlis yang dibuat secara kejutan dirumahnya baru-baru ini.

    Selamat Hari Lahir Khai Bahar..Semoga hidup Khai sentiasa dilimpahi kasih sayang & rezeki yg berpanjangan..

    Posted by KhaiBahar Empire on Thursday, February 27, 2020

    “Walaupun tiada sambutan dengan peminat, tetapi ahli keluarga saya ada merancang majlis sambutan di rumah,” katanya.