Pelukkan cinta buat Tun M, jentik netizen

Gelagat Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang memeluk Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary hari ini, cukup memberi kesan kepada netizen.

Ternyata video berdurasi selama 60 saat itu bukan sekadar memperlihatkan bagaimana kasihnya seorang isteri tetapi setianya wanita bernama Dr Siti Hasmah dibelakang suaminya.

Walaupun pada mulanya Dr Mahathir seperti mengelak untuk dipeluk namun orang disekeliling menyaksikan pasangan romantis ini meminta agar mereka saling berpelukkan.

Thank you everyone.

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Saturday, February 29, 2020

Tentunya dalam waktu sekarang perhatian yang diberikan kepada Dr Mahathir selaku bekas Perdana Menteri ke 7 membangkitkan rasa tekanan buat sesiapa sahaja.

Difahamkan aksi spontan Dr Siti Hasmah itu juga dibuat dalam memberi sokongan buat suaminya dalam mengharungi krisis politik negara.