Nadeera pertaruh “Nyawa”

    Pernah muncul dalam beberapa program realiti, ternyata pengalaman yang ada memberi peluang buat penyanyi ini muncul dengan single pertama berjudul Nyawa.

    Farah Nadeera Zaini atau lebih mesra disapa Nadeera, mengakui minat dalam bidang nyanyian wujud sejak dia kecil lagi.

    Menurutnya, bapanya sendiri menjadi pendorong utama untuk dia menceburi bidang nyanyian kerana menyedari bakat yang dimiliki.

    Sementara itu bercakap mengenai lagu baharu ini Nadeera akui gementar dengan penerimaan pendengar.

    “Secara peribadi lagu ini amat bermakna buat saya di mana ia adalah taruhan pertama saya dalam industri.

    “Lagu ini juga amat dekat dengan diri saya apabila melihat pengalaman sekeliling yang mana kebanyakan apa yang berlaku seseorang itu sukar menghargai pasangannya melainkan setelah pasangan tersebut meninggalkan kita.”, ujar Nadeera.