Tangguh sambutan hari lahir dengan peminat, Khai Bahar berdebar tunggu konsert

    Baru sahaja menyambut ulang tahun ke 26 penyanyi Khai Bahar akui tiada sambutan dengan peminat yang dibuat memandangkan dia sendiri agak sibuk dengan perancangan Konsert Khai Bahar: Dari Smule ke Pentas Dunia yang bakal diadakan pada 27 dan 28 Mac depan.

    Kata Khai buat masa ini dia tangguhkan dahulu sambutan hari lahir dengan peminat bagi memberi laluan kepada persiapan konsertnya yang akan berlansung di Istana Budaya.

    “Tiada sambutan hari lahir dengan peminat buat masa ini memandangkan saya sendiri agak sibuk dengan persiapan konsert.

    “Senang cerita saya tangguhkan sahaja pertemuan dengan peminat sehingga hari
    Konsert, boleh sambut pada hari konsert sahaja,” katanya yang mempunyai 2 juta pengikut di laman Instagram.

    Namun kongsi Khai yang menyambut hari lahir 28 Februari dia tetap diraikan ahli keluarganya dalam majlis yang dibuat secara kejutan dirumahnya baru-baru ini.

    “Walaupun tiada sambutan dengan peminat, tetapi ahli keluarga saya ada merancang majlis sambutan di rumah,” katanya.

    Exit mobile version