Suspek Bergelut Dengan Polis Di Langkawi, Kes Kini Diklasifikasi Kes Bunuh

 

Baca :Adik Kepada Lelaki Maut Didakwa Dipukul Anggota Polis Mahukan Keadilan

Kes kematian suspek bergelut dengan anggota polis di sebuah stesen minyak di Langkawi sebelum ini diklasifikasikan daripada kematian mengejut kepada menyebabkan kematian dan pembunuhan oleh polis Kedah.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, keputusan itu dibuat selepas bedah siasat awal mendapati individu itu meninggal dunia akibat kecederaan tumpul di kepala.

“Saya sudah mengarahkan supaya pegawai dari ibu pejabat polis kontinjen (IPK) mengambil alih siasatan daripada polis Langkawi bagi mengelak sikap berat sebelah.

“Kami sedang menyiasat dari semua sudut yang mungkin termasuk unsur daya yang berlebihan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah di sini pada Selasa.

Sebelum ini tular video di media sosial di mana beberapa individu dipercayai anggota polis bergelut dan cuba menahan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Langkawi.

Hasil pemeriksaan menemukan satu keratan straw berisi serbuk disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 0.21 gram (g) dalam poket hadapan sebelah kanan seluar dipakai suspek dan kes disiasat bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.

Suspek juga didapati positif dadah jenis morfin hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan.

Sumber : Sinar Harian