“Hentikan” Buli! BluntSheep Angkat Masalah Buli Dalam Lagu

 

Bakat baharu dalam industri hiburan tanah air, BluntSheep mempertaruhkan lagu ‘Hentikan’ yang mengangkat masalah buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.

BluntSheep yang dianggotai oleh empat anak muda berbakat yang masih bersekolah di SMK Pusat Bandar Puchong (1).

Menurut vokalis kumpulan itu, Attana Qawiuddin Rumnan, lagu ini dicipta untuk mewakili mereka yang menjadi mangsa buli dan takut untuk bersuara. Ia juga merupakan suara dari hati mereka untuk melawan segala bentuk buli tidak hanya di sekolah tetap di mana sahaja.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rumhadi Rumnan (@hadi_rumnan)


Menerusi muzik video yang dimuat naik di Youtube, ramai yang memberikan padangan dan komen positif terhadap kumpulan dan lagu Hentikan ini.

“Best lagu ni. Ada vibes lagu soundtrack anime Jepun

“Mantap, semoga jadi mainstream

“As someone who is being bullied, this hits harder than it should

“Padu nak mampoi ni!! Salah satu band rock pendatang baru yg baik ni!!,” antara komen di Youtube. 

BluntSheep dianggotai oleh Attana Rumnan, Dzafran Rizal, Umar dan Moses.