Adik Kepada Lelaki Maut Didakwa Dipukul Anggota Polis Mahukan Keadilan

Seorang adik kepada mangsa yang meninggal dunia dan didakwa diserang anggota polis di Langkawi Isnin lalu ingin menuntut keadilan dan pembelaan di atas kematian abangnya.

Adik mangsa, Salwana Salleh menerusi satu catatan di Facebook pada Jumaat lalu mengesahkan kematian abangnya Mohd Hafiz Salleh.

Salwana Salleh menuntut penjelasan di atas kejadian yang menimpa abangnya di sebuah stesen minyak di Langkawi.

“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah,” katanya yang dipetik di media sosialnya.

Video beberapa individu dipercayai anggota polis cuba menahan seorang lelaki dipercayai Mohd Hafiz dengan cara yang dianggap keterlaluan tular sejak beberapa hari yang lalu.

Seorang pengguna Facebook, Putera Aizo pula mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dirawat selama dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, bagi proses bedah siasat dan dibawa pulang semula ke Langkawi untuk urusan pengebumian.

 

 

Jenazah abangnya itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, bagi proses bedah siasat dan dibawa pulang semula ke Langkawi untuk urusan pengebumian.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi dan video kejadian kini telah tular.

“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah,” katanya yang dipetik di media sosialnya.

Sejak beberapa hari lalu tular sebuah video beberapa individu dipercayai anggota polis cuba menahan seorang lelaki dipercayai Mohd Hafiz dengan cara yang dianggap keterlaluan.

Seorang pengguna Facebook, Putera Aizo pula mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dirawat selama dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Dakwanya, kejadian itu berlaku semasa serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat pada 29 Januari lalu.

“Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain serta terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.

“Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah,” tulisnya.