Wanita Tendang, Libas Penunggang Motor Yang Memotong

 

Sebuah video seorang wanita menendang dan melibas penunggang motosikal yang memotongnya tular. Kejadian dipercayai berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

Menerusi video yang dirakam seorang penunggang motosikal, wanita yang memakai baju merah jambu itu menendang dan melibas sesiapa sahaja penunggang motosikal yang memotongnya.

Video tersebut turut dimuatnaik oleh pelakon, Yana Samsudin di Instagramnya.

Tindakan wanita tersebut bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, beberapa pengguna media sosial mendakwa wanita tersebut bukan warganegara Malaysia. Ada juga yang mempersoalkan kewarasan wanita terbabit yang bertindak sedemikian.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)